Sebelum ni sha ada cerita pasal tadika mana yang nak masukkan along next yearkan....so result tadika nasyrah dah keluar n confirm2 along tak berjaya masuk sekolah tuuuu...ada sedikit terkilan tapi bila fikir2kan mungkin ada hikmah semua tu...dan alhamdulillah Allah permudah seeemuaaanya n sha sangat bersyukur...alhamdulillah...
n u know what, last2 sha buat keputusan letak along kat tadika baru bukak bawah rumah sha...tak payah nak fikir2 nak rushing pagi2 kelam kabut nak uruskan sekolah dia...senang letakkan dia kat bawah tu sbb sha tgk skema pembelajaran dia pun ok....CAHAYA DINAMIK nama tadika baru tu...lepas ni babah dia plak yang uruskan sekolah along...hihihihi....babah plak hantar along...adil n saksama...mama takeover adik, babah takeover along...yessss...sebelum ni mama handle dua2...lega skit mama...thank u ALLAH...
 |
| haaa ni logo dia...amik kat en google |
Konsep pembelajaran Cahayaku® menekankan perkembangan EQ (emotional
quality) dan IQ (intellectual quality) dan berdasarkan kepada 7M iaitu:-
1. berMain
2. Membaca
3. Mengira
4. Menulis
5. Mewarna
6. Mengeja
7. Moral
Sistem ini juga menggabungkan 3 teknik mengajar secara serentak iaitu:-
1. Mimik - untuk guru
2. Iqra' - untuk ibu bapa
3. Latihtubi - untuk guru dan ibu bapa
Cahayaku® menggalakkan kanak-kanak membaca dengan
sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar.
Ini menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca, disamping menerapkan sifat mulia yang
lain pada masa yang sama.
Semua pihak terlibat mendapat faedah, iaitu:-
1. Pelajar: dapat mengetahui/mengesan/mendidik diri sendiri bersandarkan kepada logik,
bentuk susunan, corak susunan, bunyi dan pergerakan atau perbuatan yang sedang dilakukan
atau sebelum membuat sesuatu tindakan.
2. Guru: dapat mengetahui dengan jelas tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran
yang telah diberikan kepada mereka dengan mengambil kira keberkesanan cara seseorang
guru itu berinteraksi dengan pelajar tertentu.
3. Pengusaha: dapat mengesan karektor guru dan permasalahan yang dihadapi oleh para
guru-guru yang mengajar.
tu sedikit sebanyak info yang sha dapat pasal tadika ni....masa pergi daftar aritu bila masuk sekolah tu along dah menunjukkan tanda2 suka n exited nak ke sekolah..maklumlah sekolah baru, peralatan semua dalam tadika tu semuanya baru so lagi berkobar2 la dia nak sekolah..sebelum ni along ckp dia tak nak sekolah tu sbb adik dia xde sekali tp bila dah masuk nak pulak...alhamdulillah....
cerita plak bab yuran..yuran cahaya dinamik ni sebulan rm280 n pendaftaran mula-mula masuk rm760...murah skit berbanding tadika2 di putrajaya tu...hihihihi.....alhamdulillah....n yg sha paling suka yuran tu boleh bayar dua kali hokeyyyy...hihihihihi...alhamdulillah ALLAH permudahkan....
Along belajar rajin2 hokeyyyy...jadi anak yang soleh...opppsss lupa nak mention tadika ni ada belajar kafa sekali...belajar iqra n asas2 keislaman....
sekarang ni bila blik dari kerja along mesti tunjuk tadika tu n mention "along sekolah sini nantikan mama".... suka baaaannngat dia...
mama happy bila along happy...luv u sayang